sesungguhnya yang berasal dari tanah akan kembali rebah ke tanah..
alam ini dari warisan nenek moyang
telah sampai jua ke warisan sekarang
dan
ianya akan hampir ke warisan akan datang
jagalah ia selagi kita mampu mengindahkannya
hari ni ayat skema skit..
hehehe...
sebab ni tugasan..mmm..
meh kita tengok sajak ngan pantun ni..mmm
rehatkan minda tenangkan hati
renung-renungkanlah
PeNuLiS: EmORiz
Bumi
Kau pelita hijau yang menyinar terang
Indah bentukmu di alam semesta
Dihuni berbagai-bagai hidupan berharga
Yang hidup bebas di atas tubuhmu
Tanpamu wajah semesta suram dan sayu
Layu dan sepi merubah suasana
Bumi
Walaupun dirimu sungguh indah
Tetapi penghunimu bagaikan parasit
Menikam dirimu dari belakang
Sakit pedihnya tikaman itu sungguh mendalam
Dirimu tak pernah merungut mahupun menempik
Kerana dirimu tahu ciptaan Allah S.W.T hanya sementara
Bumi
Tidak pernahkah dikau menangis
Melihat penghunimu menyakitimu
Yang banyak bersalah terhadap dirimu
Mencemar, mengotor, memusnah perkara biasa
Tidakkah mereka terasa bersalah
Melakukan sesuatu kepada bumbung berteduh
Persoalan menghantui diri penghuni menjadi tanda tanya
Bumi
Dikau perlu dijaga dengan belaian kasih sayang
Mahupun ianya sedikit tapi bermakna
Setiap serpihan badanmu amat berguna
Sebagai manusia yang menghuni dirimu
Amat berbangga dengan dirimu
Akan kami jaga dirimu dengan sebaik-baiknya
Sesungguhnya keindahan dirimu terletak pada kami
Dan kesenangan kami terletak padamu
Kami yang mengukir parut padamu
Jadi kamilah jua yang harus mengubatimu
Untuk generasi kami yang akan datang
Supaya dirimu indah selalu
By:EmOrIz
PaNtuN : KiTaR SeMulA
PeNuLiS: EmOriz
KaTa2: mmm..pantun ni ade unsur2 raya ..
hihihi
x sabar nak raya
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Laungan azan sudah bergema
Santapan bersama ketupat dan lemang
Menjaga alam tanggungjawab bersama
Biarpun susah hati kan tenang
Pergi ke pasar membeli lada
Singgah ke kedai mencari gula
Membuang sampah biarlah berpada
Lebih elok dikitar semula
Bulan puasa berlalu pantas
Setahun sekali ia bermula
Aluminium, plastik, kaca dan kertas
Semuanya boleh dikitar semula
Mengikut orbit bumi berputar
Siang dan malam hari berulang
Jimatkan alam selamatkan sekitar
Persekitaran bersih sampah berkurang
Baju lama dibuang sayang
Baju baru jangan dibeli
Barang terpakai jangan dibuang
Gunakan ia berulang kali
Indah purnama tidak terkata
Cantik berseri diwaktu malam
Peranan utama adalah kita
Membentuk diri cintakan alam
By:EmOrIz
Last Sekali
hehehe
Sedikit
buah tangan
No comments:
Post a Comment