nul hipotesis

comment buku

Tuesday, September 29, 2009

CeRiTeRa HiKaYaT PaRt 1

mmmmm
..MySpace ..
malasnyer.. waaaa..
makin hari makin malas makin hari makin malas
dah tu nak abis sem dah ni.. bilenye nak rajin
aduh
MySpace
tapi ceq akan cuba merajinkan diri lepas ni..
mmm...omong kosong..hehehe..MySpacepastu malas la balik
hari ni ceq nak ceritakan satu cerita hikayat yang bertajuk
kehidupan
cerita yang berwatak emosi, serius dan hampa semua mungkin tak penah dengaq lagi.
hahaha
MySpace

ceritera bermula

"bonda anakanda risau" sahutan suara berbunyi di suatu sudut.
"kenapa. apa yang nak dirisaukan??" balasan daripada persoalan tadi dijawab
"cukup sudah sepurnama ayahanda pergi. Anakanda sangat2 risau."
"janganlah anakanda risau. ayahanda akan pulang jua tak lama lagi. lagipun ayahanda bukannya pergi berperang"
"mmm.. baiklah bonda"

Perbualan anak dan ibu terputus sampai disitu.siibu yang sudah berumur 10 tahun manakala sianak pula berusia 5 tahun. Mungkin dikalangan manusia biasa ianya cukuplah muda tetapi bagi negara ini umur tersebut bukanlah muda lagi. Sianak adalah putri raja bagi negara yang digelar negara Impian dan sianak bernama siputih. Memang sesuai dengan namanya kerna wajahnya yang comey dan warna bulunya yang putih amat menarik hati setiap rakyat yang melihatnya. Siputih adalah seekor kucing perempuan yang lahir dari kalangan diraja. Walaupun beliau lahir dari kalangan diraja tetapi beliau tidak pernah sombong mahupun meninggi diri. Siputih amat disayangi oleh rakyatnya kerna kecomeyannya dan sikap baik hati yang dimiliki oleh Siputih.

Mungkin sudah lama menunggu ayahnya pulang,siputih berasa bosan dan pada satu hari siputih telah mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di kawasan kota yang berdekatan dengan istana. Siputih memang selalu berjalan-jalan disekitar kawasan kota dan memang amat dikenali oleh rakyat2 berdekatan. Namun begitu Siputih tidak suka membawa askar-askar ayahandanya ketika berjalan-jalan dikota. Seorang putri memang bahaya berjalan seorang diri dikota tanpa dikawal kerna memang ramai peminat siputri yang comey ini. Jadi ayahandanya tetap memaksanya dan akhirnya ayahandanya yang mengalah. Mungkin kerna terlalu sayangkan siputih kut sebab itu ayahandanya menurut sahaja cakap anaknya. Walaupun begitu ayah siputih tidak membenarkan anaknya berjalan berseorangan, tetapi menyuruh siputih membawa 2 ekor pengawal peribadi bersamanya. Jadi sudah kebiasaan siputih berjalan2 dikota dengan 2 ekor pengawal bertubuh sasa yang sudah jemu dipandang oleh siputih. Dan suatu hari disebelah pagi ini siputih telahpun mengambil keputusan untuk berjalan2 di kota. Dengan berbekalkan 2 ekor pengawal, siputih berjalanlah mengelilingi kota yang sudah biasa dijalaninya itu. Semua rakyat teramat sayang akan Siputih yang comey lagi jelita. Siputih yang peramah amat disenangi oleh rakyat jelata mahupun dikalangan anak2 kucing sendiri.

Sudah satu kampung Siputih kelilingi.. tapi siputih masih lagi rasa tidak puas berjalan.Kali ni siputih ingin pergi lagi jauh lagi. Sejauh matahari belum membenam diri selama itu siputih bertekat tetap ingin merayau-rayau di kota itu.Pengawal siputih yang gagah perkasa tu hanya mengikut sahaja kemana tuan putri mereka ingin pergi walaupun perut sudah berbunyi, kaki x larat berdiri, mata ingin memejam mati.Siputih terus berjalan dan berjalan sehingga ke hulu kota. dan terlihatlah siputih akan sesuatu yang duduk bersila dibawah sepohon pokok yang rendang.......





MySpaceaduh,.. rendang.. teringat plak pasal raya. mmm... cerita ni terpaksa disambung pada entri akan datang...panjang sangat.. huhuhuu...siapakah yang berada di bawah sepohon pokok itu..?????MySpace mmmm semua menjadi persoalan.. tungguuuuu......hihihiMyEm0.Com

No comments:

Related Posts with Thumbnails