nul hipotesis

comment buku

Tuesday, February 17, 2009

SaYanGi KuCinG


Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Dan Abu Hurairah ialah seorang penghafal hadith2 nabi yang terbanyak dan dia telah dikenali juga sebagai GUDANG ILMU. Dia adalah sahabat yang paling suka bergaul dengan Rasulullah S.a.w. Dia tidakmempunyai tanah dan perniagaan dan seorang yang miskin harta tetapi kaya jiwa, maka masanya paling banyak diluangkan dengan nabi. Dengan kerana itu juga dia telah mempunyai banyak peluang meriwayatkan hadith2 nabi.

Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing. Renung2 kan lah di situ dalam2.

Antara adab terhadap binatang iaitu memberi mereka makan dan minum. Ianya termasuk dalam kategori amal soleh dan mendapat pahala insyaAllah.

“Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).” Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.

“Kasihanilah siapa saja yang ada di bumi ini, nescaya kalian akan dikasihani oleh yang ada di langit.” Hadith Riwayat Tirmidzi, Ath-Thabrani dan Al Hakim.

“Siapa yang tidak menyayangi, ia tidak akan disayangi.” Muttafaqun ‘Alaih.

Sama-samalah kita mengelakkan diri dari menyeksa binatang, lebih-lebih lagi menyeksakan mereka dengan api. Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api.” Hadith Riwayat Abu Dawud, hadits shahih.

Jangan juga jadikan burung, atau apa sahaja binatang sebagai sasaran kita untuk memanah atau menembak untuk suka-suka. Selain tujuan untuk berburu untuk mendapatkan makanan. “Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran.” Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.


1 comment:

Anonymous said...

Saya jugak seorang yg sgt menyayangi haiwan terutamanya kucing.saya ada memiliki 2 ekor kucing..sebelumni ada 9 ekor tp 7 ekor hilang berturut2.sedih sangat tp saya pasrah.niat dhati selalu nak tolong&selamatkn semua kucing2 terbiar jalanan.nak beri mereka tempat berlindung & rawat mereka tp apadaya saya x berkemampuan.setakat nak bwa kat rumah jadi peliharaan.saya pun kena mghormati kehendak kluarga suami sbab saya tinggal d rumah mertua.mertua saya x beri kbenaran utk pelihara kucing banyak sgt.tp saya faham.cuma seringkali saya ternmpak kucing d jalanan rsa hati nak tolong&bawa balek cuma saya belum punya kediaman sendiri.saya x berani nak bwa kucing balek klau bukan rumah saya sendiri.skalipun saya sanggup rawat &jaga kebersihan terutama bila ada bnyk kucing tp x sedap hati jugak kalau kluarga suami x benarkn..Tp insyallah dlm masa 2 thn ni slepas suami slesai pengajian kmi akan pindah rumah sndiri&moga2 saya dpt laksanakn niat dihati yg lama terpendam ini..

Related Posts with Thumbnails