nak tau ape yang ilmiah hari ni
ya..mari kita tengok sama2
::::::::::::::::::::::::::::::::::
topic: resdung
keburukan: banyak2222
kebaikan: untuk penjual ubat je la
kesakitan: sape yang kene tau la
keselamatan: x slamat la
keselesaan: x selese langsung
kecurangan:tak tau la.. ade ke yang curang sebab resdung??
kesudahan: dah la ni..panjang dah intro.jum tengok artikelnye plak
:::::::::::::::::::::::::::::::::::
aisey.. sejak akhir2 ini masalah resdung sudah menjadi2 dikalangan orang2 malaysia tak kira budak2 mahupun remaja sampai ke tua [hehehe.. ni reka2 je untuk menyedapkan topik pembacaan ] ini menyebabkan ramai yang membeli ubat2an yang berbagai2 jenis yang tumbuh bagaikan cendawan dan paku pakis di pasaran sekarang.
tapi adakah anda tahu ape itu resdung???
jum kita selidik dulu
mmmm...
Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai
penyakit hidung. Salah satu punca gejala penyakit resdung adalah akibat
jangkitan bacteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.
Sinus sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang muka disekeliling hidung.Rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran aluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lender ini akan berkumpul seterusnya kuman bakteria akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakan didalam lapisan hidung.
Simptom sinusitis
- · Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada maxillary sinus.
- · Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
- · Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian sphenoid sinus.
- · Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka, diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
Komplikasi/akibat
Komplikasi serius boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa jika masalah resdung tidak dirawat dengan sempurna
>>>Kanak-kanak
Antara akibat penyakit resdung kepada kanak-kanak ialah resdung merebak ke dalam mata, jangkitan sellulitis dan nanah mata. Ini juga boleh menyebabkan mata menjadi buta jika ia dibiarkan.
Risiko buta berlaku kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata adalah sangat nipis di mana sinus frontal masih belum terbentuk. Ini juga akan menyebabkan nanah dikeluarkan dari rongga mata.
Untuk mengatasi masalah ini, satu laluan dibuat oleh doktor untuk mengeluarkan cecair dari sinus ethmoid supaya ia tidak bertakung lagi.
>>>Dewasa
Nanah dari sinus frontal tidak dapat untuk keluar dari hidung. Ia akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
Hasilnya, ostia mudah tersumbat. Sinus maxilla adalah merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Walaubagaimanapun, ia amat jarang berlaku kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal.
Tetapi, jika nanah merebak ke dalam otak, pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery perlu dijalankan. Kadar kematian meningkat hingga 40 peratus bagi kes-kes seperti ini.
waaa..boleh sebabkan kematian tu.. waaa...takutnye..huh..ingat tu kawan2.. jangan amik mudah resdung ni.
Berikut adalah ringkasan komplikasi resdung ini:
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat
mmmm.. bahaya ni..bukan memain...aduhai.. camna ni.. mari kite tengok pantangnye plak
Perkara pantang paling utama ialah bagi kebanyakan pesakit ialah mengelakkan pengambilan makanan laut seperti udang dan belacan (sambal belacan). Bagaimanapun, setiap pesakit mempunyai alahan tersendiri iaitu sama ada pada sotong, ketam atau kerang.
mmm.. oh tidak.. sape yang suke sambal belacan tu kene la hentikan pemakanan mereke..mmm..demi untuk kesihatan sama2lah kita menjaganya... arg.. tidak.. samball..huhuhu.. tu adalah salah satu daripada teriakan orang yang memakan sambal.. tapi gua tak makan..hahaha. sebut pasal sambal belacan plak. meh kita dengar sedikit cite pasal belacan...
Belacan>>
Belacan merupakan salah satu bahan utama bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk dan antara makanan tradisi masyarakat melayu yang kini selesa di makan pelbagai bangsa di Malaysia.Belacan juga di gunakan dalam masakan terkenal lain contohnya kangkung belacan.nasi goreng belacan dan pelbagai lagi.
Waa..tapi orang yang takleh makan jangan la makan… kalo ade yang ada resdung tu jangan la makan ye..mmm..
Tapi adakah belacan betul2 selamat dimakan..meh tengok gambar ni.. gambar udang geragau yang dijemur untuk dibuat belacan..
Waaa.. selamat..memang selamat.. tengok... pengawal tu.. siap ade pengawal tu
Tapi yang takbestnye pengawal tu berjalan2 atas udang.. waaaa..pengawal ni dah lebih ni…huhuhu
Ok.. sampai disini sahaja ilmiah pada hari ini.. jumpa lagi..
Pepatah hari ini:
Jangan dimakan sambal belacan jika tak tau asal usulnya
Hahaha.. ikutlah gua..gua pun tak makan pun..ok tata
No comments:
Post a Comment