Lirik Cinta Terakhir - Aiman
Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Ulang korus
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
Ulang korus
Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman
________________________________________
Huhuhu.. hari berganti hari tahun berganti tahun… mungkin anda terasa seronok mendengar lagu cinta cintun seperti diatas.. tetapi sebenarnya mungkin ada udang disebalik ikan haruan..huhuhu
seronok anda akan menjadi sedih sekejap lagi..hahaha
Hari ni ceq skema sikit sebab hari ni ceq nak menterjemah lagu… huhuhu
Huh.. tak leh nak tido la plak.. jadi mari kita mendengar lagu ini sambil menghayati cerita disebalik lagu ini..
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Topic: penterjemahan
Penterjemahan: cerpin direka mengikut rangkap
Kesahihan penterjemahan: ngarut je lebih..huhuhu
Kebolehpercayaan penterjemahan: sape yang percaya tu memang bengap + bentat.. hahaha
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Penterjemahan bermula
Rangkap pertama
Ia mengisahkan seorang lelaki (macho) yang terjumpa seorang perempuan di tepi jalan raya.. walaupun sudah berkelip2 mata dikelipnya tetapi kelipannya tetap kepada perempuan itu. lelaki tersebut mengenali perempuan itu rupanya. Sedangkan anak kucing lagi dikenal jantan betinanya inikan pula kekasih lama. beliau pasti inilah saatnya utk berkata
“Kau cinta pertamaku dan kau cinta terakhirku”
Perempuan itu tidak semena2 terkejut dengan suara yang hadirnya entah dari mana itu lalu menoleh kepalanya utk melihat siapakah empunya suara itu. dikelip2 mata tanpa segan silu lalu barulah perempuan itu ingat itu adalah kekasih lamanya. Terungkaplah pula balasan dari mulut perempuan itu
“tiada apa yang bisa saya buat dong, saya sudah berkahwin”
Tidak disangka oleh penulis perempuan itu dari Surabaya rupanya..huhuhu. Lelaki yang tadinya tetap menunjukkan kemachoannya memegang sebatang pokok yang berada ditepi jalan dengan perasaan penuh hiba.ish..ish…
“siapa yang dapat menafikan kasih kita. Dulu kita pernah bercinta dan kenapa kamu balik ke Surabaya tanpa pengetahuanku. Kenapa kamu sanggup berkahwin dengan orang lain?”
Perempuan tadi terdiam sebentar
-Tamat rangkap pertama –
Rangkap kedua
Dengan penuh hiba perempuan tadi mendongak dan melihat wajah lelaki tersebut.
“Wajah kau sungguh ayu dimataku. Janganlah kau bersedih..Tidak sesekali ku ingin meninggalkanmu tetapi ia kehendak ibu bapak atuk moyang dan kaum kerabatku. Aku tidak boleh menolak dengan tangan yang lemah ini.”
Lelaki tersebut terus tidak dapat menahan rasa kecewanya lalu dengan lelehan air mata dia berkata
“aku tidak dapat cari sapa2 selain engkau. Kau satu antara seribu. Walaupun belum kucari sampai seribu perempuan sekalipun tetapi kau tetap satu. Dulu kau katakan kepadaku tiada sesiapa dapat pisahkan antara kita di dunia ini.
-Tamat rangkap kedua –
Rangkap ketiga
Perempuan tadi berasa bersalah terhadap lelaki tersebut. Tetapi dia tidak boleh berbuat apa2. Dia sudah berkahwinn.
“mungkin kamu kan kecewa. Terjumpanya kita ditengah jalan ini biarlah kita putus di tengah jalan ini juga. Mungkin kan dengan terlerainya percintaan kita ini tanpa ikatan akan beroleh sesuatu yang baik utk diri kita. Usah kamu ragu dengan takdir kamu.. kamu akan bertemu dengan jodohmu jua nanti”
-Tamat rangkap ketiga –
Rangkap keempat
Lelaki tersebut tidak dapat menerima kenyataan yang diberikan oleh perempuan tadi
“Kau sungguh ayu dimataku. Aku tidak dapat melupakanmu. Kau satu antara seribu. Aku cukup menderita selama ini. Tiada apa yang dapat menyembuhkan tarahan luka dihatiku didunia ini.
-Tamat rangkap keempat –
Rangkap kelima
Perempuan itu tidak sanggup melihat air mata yang bercucuran dari mata lelaki tersebut. Rasa bersalah tenggelam timbul dalam hati perempuan itu.. tetapi dia tidak boleh berpatah balik. Semua sudah jelas berakhir.
“ mungkin kita akan berbeza haluan selepas ini. Ku harap dirimu carilah pasangan yang akan menjadi jodohmu. Terimalah kenyataan. Aku bukan kekasihmu lagi. Berakhirlah cerita percintaan kita selama ini. Segalanya ketentuan Tuhan”
Perempuan tersebut terus berlalu dari jalan tersebut meninggalkan lelaki itu kesorangan ditemani hujan yang mulai turun.
“Semua sudah berakhir. Selamat tinggal ROSSA” suara kecik hati lelaki itu berkata dengan sayu………
The End
Sedih..huhuhu.. sungguh sedih… sesiapa yang turut sedih dengan cerita ini tolong hantarkan komen anda ke 12421.. komen anda pasti tidak akan dilayan..hihihi.. komen bawah ni dah la.. rasanya lelaki je yang sedih ni..mmmm =)
cerita diatas adalah rekaan semata-mata. Nama ROSSA dipetik hanya sebagai bunga penyeri di dalam cerita ini..hihihi
Ok babai..
hihihi..
ade mase lagi ceq aplud lirik lagu lain plak
krohhhhh....krohhhh
No comments:
Post a Comment